Makan Secara Perlahan Pun Boleh Kuruskan Badan, Tak Percaya?

panduan-kuruskan-badan-3
Boleh dikatakan ramai orang sekarang tidak gembira dengan bentuk badan masing-masing dan sentiasa mencari cara untuk kuruskan badan. Ramai yang memilih untuk berdiet atau bersenam untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Walaupun tidak dinafikan yang diet sihat dan senaman konsisten mampu menurunkan berat badan dan baik untuk kesihatan, tetapi ada satu tips kuruskan badan yang ramai tidak tahu; makan atau kunyah secara perlahan. Bahkan, ramai jurulatih kesihatan dan penasihat nutrisi menggalakkan pelanggan mereka untuk makan secara perlahan sebagai satu cara efektif mengurangkan berat badan.

Namun begitu, dengan keadaan zaman sekarang yang mana kebanyakan orang sibuk dan sentiasa mengejar masa, kita tidak mempunyai ruang untuk memperuntukkan masa yang panjang untuk menikmati hidangan. Tambahan lagi, kita banyak diganggu dengan teknologi terkini, seperti televisyen, telefon dan tablet, menyebabkan kadang-kadang kita mengambil makanan secara berlebihan tanpa disedari.

Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan tentang mengapa kita perlu makan secara perlahan-lahan, dan bagaimana cara-cara yang berkesan supaya kita dapat memperuntukkan lebih banyak masa untuk menikmati sesuatu hidangan.

Kenapa Kena Makan Secara Perlahan?

Makan secara perlahan dan mengunyah lebih lama telah dibuktikan secara saintifik membantu untuk mengatasi masalah makan berlebihan, mengempiskan perut buncit dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Dengan makan secara perlahan, kita akan merasa cepat kenyang dengan makanan yang sedikit dan membantu untuk menikmati makanan dengan lebih baik. Berikut merupakan beberapa kebaikan makan secara perlahan:

1. Makan secara perlahan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan
Dalam isu Januari 2014 Journal of the Academy of Nutrition and Diabetics, pengkaji telah mendapati bahawa samaada orang normal atau obes, mereka mengambil jumlah kalori yang kurang apabila makan secara perlahan. Pengkaji mendapati kumpulan normal mengambil jumlah kalori kurang 88 kalori, manakala kumpulan obes kurang 58 kalori berbanding jika mereka makan secara tergesa-gesa.

Dalam satu kajian lain yang dilakukan di Univesity of Rhode Island, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian, yang terdiri daripada 30 wanita normal, mengambil kurang 67 kalori apabila mereka makan sepinggan pasta secara perlahan (dalam masa 29 minit) berbanding secara tergesa-gesa (9 minit).

2. Makan secara perlahan merangsang rasa kenyang lebih lama
Dalam kajian sama yang dilakukan di University of Rhode Island, kumpulan wanita yang makan secara perlahan bukan sahaja mengambil jumlah kalori yang kurang, bahkan mereka berasa lebih kenyang dan berpuas hati dengan jumlah makanan yang diambil. Dalam kajian lain yang telah dilakukan pada tahun 2003 mendapati bahawa mengunyah lebih lama dan makan secara perlahan mengurangkan pengambilan makanan ringan pada selang masa makan utama.

3. Makan secara perlahan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan
Makan secara tergesa-gesa menyebabkan seseorang itu lambat untuk berasa kenyang, yang mana kebiasaannya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Badan kita secara semulajadinya mengawal rasa kenyang melalui interaksi antara pelbagai hormon antara perut dan otak. Namun begitu, sedikit masa diperlukan untuk badan kita menghasilkan hormon yang memberitahu badan kita bahawa jumlah makanan yang diambil adalah mencukupi. Jika kita makan secara perlahan, badan kita sempat menghasilkan hormon ini yang mana merangsang rasa kenyang dan memberitahu badan kita bahawa makanan yang diambil adalah mencukupi. Ini akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan secara tidak sengaja.

4. Makan secara perlahan adalah bagus untuk sistem pencernaan
Pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi. Dengan mengunyah lebih lama, makanan akan dihancurkan dengan lebih sempurna dan ini sememangnya baik untuk pencernaan. Makanan yang tidak dikunyah dan dicerna dengan baik boleh menyebabkan masalah ketidakcernaan dan masalah-masalah yang lain. Lagipun, nutrien daripada makanan terbuang begitu sahaja akibat tidak dicerna dan diserap dengan baik.

5. Makan secara perlahan merangsang hidrasi yang lebih baik
Salah satu kesan sampingan yang baik daripada makan secara perlahan adalah ini akan meningkatkan pengambilan air yang bagus untuk hidrasi badan. Dalam kajian yang sama di University of Rhode Island, didapati bahawa jika subjek makan secara perlahan, mereka akan minum lebih kurang 14 auns air, berbanding hanya 9.7 auns jika makan secara tergesa-gesa. Minum lebih banyak air membantu menyeimbangkan cecair dalam badan, merangsang otot-otot, membantu fungsi buah pinggang, mengelakkan sembelit dan menyerlahkan penampilan kulit. Tambahan lagi, minum lebih banyak air mengurangkan pengambilan makanan dan merangsang rasa kenyang lebih lama.
  
6. Kebaikan-kebaikan lain
Mengunyah dengan lebih lama dapat menguatkan gigi dan mencegah pembentukan plak yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Di samping itu, mengunyah menghalang kuman-kuman dari memasuki lebih jauh ke dalam sistem pencernaan. Ini sekaligus dapat mengelak dari masalah-masalah pencernaan seperti angin, perut kembung, sembelit, cirit-birit dan senak perut.

panduan-kuruskan-badan-4
Tips dan Cara Makan Secara Perlahan

Jujur, saya juga merupakan salah seorang yang sering makan secara tergesa-gesa. Pernah cuba untuk makan secara perlahan-lahan, namun masih belum berjaya. Memang agak sukar untuk mengubah tabiat lama. Mari kita lihat beberapa tips dan cara untuk membentuk tabiat baru makan secara perlahan dan mengunyah dengan lebih lama.

1. Tetapkan masa
Cuba untuk tetapkan masa yang agak panjang untuk menikmati hidangan. COntohnya, tetapkan 15 minit. Disiplinkan diri untuk sentiasa menghabiskan sesuatu hidangan; sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, dalam tempoh masa yang ditetapkan. Permulaannya mungkin agak susah, namun lama-kelamaan boleh menjadi tabiat yang baik.

2. Tukar cara makan
Jika biasa makan menggunakan tangan, cuba makan menggunakan suda dan garpu. Jika biasa menggunakan sudu dan garpu, cuba makan menggunakan tangan. Jika telah biasa dengan kedua-duanya, cuba gunakan alatan lain seperti chopstik. Menggunakan chopstik bukan sahaja memperlahankan tempo makan kita, tapi boleh membantu mengatasai masalah makan secara berlebihan.

3. Makan dengan mereka yang makan secara tertib
Mungkin kita mempunyai ahli keluarga atau rakan yang memang dikenali sebagai seseorang yang makan secara tertib dan perlahan. Digalakkan untuk makan bersama-sama mereka dan cuba mengikut tempo mereka.

4. Minum air sebelum makan
Minum air terlebih dahulu sebelum makan supaya berasa sedikit kenyang. Dengan cara ini, kita boleh mengurangkan tempo makan.

5. Tetapkan bilangan kunyahan
Setiap kali mengunyah, cuba kira dan tetapkan bilangan yang spesifik. Kajian menyarankan supaya 40 kunyahan dilakukan terhadap makanan yang masuk ke dalam mulut sebelum ditelan. Namun, jika 40 kunyahan dirasakan terlalu banyak atau lama, cuba kurangkan kepada 20 atau 30 kunyahan.

panduan-kuruskan-badan-5
Kesimpulan

Mengubah tabiat atau cara pemakanan kita mungkin merupakan perkara yang sukar dan mengambil masa yang lama. Namun, jika konsisten dan diamalkan selalu, kita akan dapat mengubah tabiat kepada makan secara perlahan-lahan. Dan dengan mencapai perkara ini, bukan sahaja dapat membantu untuk kuruskan badan, bahkan adalah baik untuk menjaga kesihatan secara keseluruhannya.

Bagaimana Wanita Ini Kuruskan Badan Sehingga 30kg Tanpa Pergi ke Gimnasium

panduan-kuruskan-badan-1
Kuruskan Badan, Makan Apa Yang Anda Mahu

Ya, anda memang boleh kuruskan badan walaupun tanpa perlu ke gimnasium

Dalam artikel kali ini akan dikongsikan satu cerita penuh inspirasi berkenaan seorang wanita yang berjaya mengurangkan berat badan beliau walaupun tidak pernah bersenam di gimnasium.

Artikel ini akan berkongsi berkenaan rahsia-rahsia yang diamalkan wanita tersebut, termasuk panduan bagaimana beliau menghilangkan perut buncit.

Baiklah, oleh kerana saya tidak mahu membuang masa pembaca, mari kita mulakan.

Bagaimana Wanita Ini Mengurangkan Berat Badan Beliau?

panduan-kuruskan-badan-2
Jom berkenalan dengan Kanan, seorang wanita berumur 47 tahun, yang komited dengan misi beliau dan akhirnya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30kg.

Kanan, sama seperti kebanyakan orang, dilahirkan dan membesar dengan sihat tanpa masalah berat badan. Namun, selepas berkahwin pada umur 23 tahun dan melahirkan anak, berat badan beliau mula naik mendadak. Beliau pada mulanya tidak kisah dengan berat badan beliau kerana tidak kisah tentang penampilan diri-sendiri.

Namun, apabila usia semakin meningkat, masalah berat badan beliau turut membawa masalah-masalah kesihatan yang lain. Sehinggakan, beliau terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, asma, sakit belakang dan sakit sendi.

Keadaan ini menyebabkan beliau berhenti kerja dan mula berfikir tentang kesihatan dan berat badan beliau.

Pada awal tahun 2012, beliau berasa sangat tertekan kerana berat badan beliau mencapai 100kg. Dengan ketinggian 5 kaki 2 inci, ternyata beliau mempunyai masalah berat badan berlebihan yang serius.

Namun begitu, dengan melalui pelan yang ketat, beliau berjaya mengurangkan berat badan dan pada pertengahan tahun 2013, beliau mencapai berat badan 68kg sahaja.

Kejayaan ini meningkatkan moral dan kesihatan fizikal beliau. Kanan boleh berjalan dengan lebih pantas dan dalam jarak yang lebih jauh. Beliau berasa dirinya lebih ringan.

Keyakinan diri beliau bertambah. Beliau juga kelihatan lebih sihat dan berpenampilan menarik.

Beliau berjaya mengurangkan pengambilan ubat-ubatan untuk masalah kesihatan beliau sebelum ini. Bahkan, hubungan dengan suami dan keluarganya bertambah erat.

Perjalanan beliau untuk mencapai berat badan ideal memberi inspirasi kepada orang lain. Bagi beliau, tiada apa yang mustahil dicapai.

Selepas hilang 23kg pada tiga bulan pertamanya, beliau pergi melawat doktor yang biasa merawatnya. Namun, doktor tersebut lambat untuk mengenali beliau. Kanan kelihatan seperti orang lain yang lebih menawan selepas berjaya kuruskan badan.

Cerita beliau sungguh berinspirasi, tambahan lagi beliau melakukannya sendiri tanpa nasihat dari mana-mana jurulatih professional.

Bagaimana Kanan berjaya melakukannya?

Mari kita baca lebih lanjut.

Tips Kuruskan Badan Dari Kanan

Berikut adalah beberapa tips yang diamalkan Kanan untuk mengurangkan berat badan beliau:
  • Beliau mengamalkan pelan diet yang konsisten. Beliau menyenaraikan makanan-makanan yang boleh membantu beliau mengawal makanan. Beliau menyediakan menu yang sesuai dan patuh dengannya.
  • Beliau meletakkan sasaran untuk berjalan kaki setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Kebanyakan hari, beliau berjalan untuk tempoh masa lebih lama. Beliau meletakkan sasaran untuk berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari, tujuh hari seminggu tanpa sebarang alasan.
  • Secara beransur-ansur, beliau memasukkan larian-larian dalam aktiviti berjalan kaki beliau.
  • Untuk mengelakkan rasa bosan, beliau mendengar lagu-lagu kegemarannya yang memberi motivasi untuk beliau terus berusaha mencapai sasarannya.
Dengan menggabungkan pelan pemakanan yang betul dan aktiviti berjalan kaki, Kanan dari hari ke hari semakin dekat untuk mencapai berat badan idamannya.

Makanan Yang Baik Untuk Kuruskan Badan

Mari kita baca bagaimana pelan diet Kanan membantu beliau untuk kuruskan badan.

Untuk mencapai impiannya, Kanan mengamalkan diet Atkins. Beliau menghadkan pengambilan karbohidrat sebanyak 30 gram sahaja sehari.

Mengurangkan pengambilan karbohidrat sememangnya baik untuk megurangkan berat badan.

Mengikuti diet Atkins tidaklah sesukar mana terutama jika telah terbiasa dan tahu makanan yang patut diambil.

Kanan melebihkan pengambilan ikan, ayam dan daging lembu yang kaya dengan protein. Kanan berhati-hati dengan kuantiti kalori yang diambil beliau. Beliau turut melebihkan pengambilan sayuran untuk memastikan pengambilan kalori adalah terkawal.

Kanan suka menambahkan keju dan susu dalam makanan beliau yang mana merupakan sumber protein yang baik. Namun, pengambilan keju dan susu adalah pada kadar sederhana kerana turut mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Kanan juga suka menggunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan terutama salad. Beliau turut menyarankan penggunaan minyak zaitun untuk memasak jika berkemampuan dari segi kosnya.

Makanan Yang Perlu Dielak
  • Jangan makan dalam kuantiti yang banyak terutama ketika dalam proses kuruskan badan.
  • Elakkan makanan-makanan ringan, 'fast-food' atau makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garama, kecuali sumber-sumber semulajadi seperti buah-buahan.
  • Kawal pengambilan kafein (teh dan kopi), sebaik-baiknya hadkan kepada satu cawan sahaja sehari. Sebaik-baiknya, elakkan minuman ringan atau bergas. Jika tidak mampu, hadkan kepada sekali seminggu atau sebulan.
  • Banyakkan minum air kosong atau mineral. Setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air sehari.
  • Kurangkan pengambilan kuih-muih, kek dan pencuci mulut. Sesetengahnya mengandungi gula dan krim yang tinggi, yang bukan sahaja tinggi kandungan gula, bahkan boleh merosakkan tulang.
Untuk baca kisah Kanan, boleh klik disini.

Tips-tips Tambahan Kuruskan Badan
  • Jangan mengharapkan keajaiban segera. Mengurangkan berat badan memerlukan masa dan komitmen.
  • Rancang pelan kuruskan badan anda. Timbang berat badan pada hari pertama. Jujur dan catatkan berat badan anda.
  • Senaraikan makanan-makanan yang boleh diambil semasa program diet anda.
  • Banyakkan berjalan kaki. Lakukan senaman ringan.
  • Catatkan perkembangan aktiviti dan berat badan anda.
  • Elakkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak.
  • Belanja diri anda dengan hidangan istimewa sekali-sekala. Pastikan dicatat dalam catatan anda.
  • Kongsi misi anda dengan pasangan atau rakan terdekat yang dipercayai. Minta mereka berikan kata-kata galakan.
  • Dengarkan lagu atau muzik kegemaran anda semasa melakukan aktiviti. Ini membantu mengurangkan rasa bosan.
  • Tonton rancangan atau program kesihatan. Boleh juga menonton rancangan komedi. Ketawa boleh membantu misi kuruskan badan anda.